Saturday, June 25, 2011

PERMULAAN YANG BARU PART 1

okay, bila bercakap mengenai sesuatu yang serius, jinyò di sini ingin memulakan dengan sesuatu yang serius bagi pihak jinyò sendiri, iaitu perihal praktikal a.k.a posting bagi sesetengah institut pengajian tinggi di Meleis ini. di kolej M**H ni, sepatutnya group posting ditentukan sendiri oleh pelajar, namun untuk sesi jinyò sendiri, semuanya telah diaturkan oleh pihak CPU *clinical posting unit*. Mulalah kelam-kabut semua teman-teman jinyò sendiri sebab mulanya dah set group member masing-masing beserta tempat untuk praktikal. Sekarang, lain pulak jadinya. Mulalah masing-masing complain ketidakpuashatian mereka dan ada juga yang swap tempat posting dengan kawan *ini tidak dapat dielakkan oleh jinyò kerana jinyò sendiri pun tuka, haha*. Mana taknya, kalau da kena campak sampai terengganu *walhal jinyò orang pantai timur jugak* siapa nak tahan kan. sebenarnya jinyò tak boleh nak terima sebab jinyò seorang sahaja pelajar KKM dan yang lainnya pelajar PTPTN *walaupun kami semua baik tapi ada sebab-sebab yang jinyò fikir akan memudaratkan jinyò sendiri*. Walaupun waktu untuk memulakan praktikal adalah 25/7/11 nanti tapi jinyò dan group-group yang lain dah tak sabar untuk menimba ilmu dari para ppkp yang senior, macam tagline jinyò sendiri iaitu *tiada yang senior takkan ada yang junior*. Bagi group jinyò yang dianggotai oleh jinyò dan dua orang rakan yang lain, kami akan ditempatkan di PKD Sabak Bernam, Selangor. Jinyò ada menghubungi ayah jinyò *seorang PPKP* untuk mengetahui status PKD disana, malangnya ayah jinyò pun tak dapat memberikan gambaran yang jelas kerana tak tau siapa Local Preseptor di sana. Jadi apa yang jinyò tanamkan dalam minda jinyò sendiri pada waktu sekarang adalah *HABISLAH KAU JINYO*.


 Tapi jinyò tak melatah, cuma akan tunjukkan ekspresi muka macam ni sahaja.

muka comel wang suk hyeon

2 comments:

  1. ~ s e t u j u ~

    mungkin mereka lupa suatu ketika juga mereka adalah manusia..haha!

    ReplyDelete
  2. yess . biasa laa xde basic mcm ni jelaa nnt kena "tibai" dgn senior2 dah kerja haha

    ReplyDelete